Tajuk: Perjumpaan Kelab Kewartawanan Ke-5 di UUM, Kedah SINTOK: Perjumpaan Kelab Kewartawanan VTME 1011 Kumpulan B pada 3 Disember 2022 terletak di DKG 6/27. Perjumpaan kali ini merupakan perjumpaan kali ke-5. Ahli Jawatankuasa Kelab Kewartawanan Kumpulan B telah menyediakan pelbagai aktiviti yang menarik sempena perjumpaan tersebut. Perjumpaan yang bermula pada pukul 2.30pm hingga 4.30pm telah diketuai oleh Dr. Maizatul Azura Binti Yahya. Aktiviti pertama yang dijalankan oleh ahli kewartawanan kumpulan B di DKG 6/27 ialah aktiviti menjawab soalan kuiz melalui aplikasi Quizizz. Terdapat 10 soalan dalam Quizizz yang berkaitan dengan kewartawanan. Kuiz tersebut telah meningkatkan ilmu pengetahuan para ahli Kelab Kewartawanan tentang sejarah kewartawanan dan etika kewartawanan serta kriteria-kriteria yang perlu dimiliki oleh seorang wartawan. Ahli-ahli Kelab Kewartawanan telah melibatkan diri secara aktif dalam kuiz tersebut. Aktiviti yang seterusnya ialah