Skip to main content

Perjumpaan Kelab Kewartawanan Ke-5

 Tajuk: Perjumpaan Kelab Kewartawanan Ke-5 di UUM, Kedah 

 

SINTOK: Perjumpaan Kelab Kewartawanan VTME 1011 Kumpulan B pada 3 Disember 2022 terletak di DKG 6/27. Perjumpaan kali ini merupakan perjumpaan kali ke-5. Ahli Jawatankuasa Kelab Kewartawanan Kumpulan B telah menyediakan pelbagai aktiviti yang menarik sempena perjumpaan tersebut. Perjumpaan yang bermula pada pukul 2.30pm hingga 4.30pm telah diketuai oleh Dr. Maizatul

 Azura Binti Yahya.


            Aktiviti pertama yang dijalankan oleh ahli kewartawanan kumpulan B di DKG 6/27 ialah aktiviti menjawab soalan kuiz melalui aplikasi Quizizz. Terdapat 10 soalan dalam Quizizz yang berkaitan dengan kewartawanan. Kuiz tersebut telah meningkatkan ilmu pengetahuan para ahli Kelab Kewartawanan tentang sejarah kewartawanan dan etika kewartawanan serta kriteria-kriteria yang perlu dimiliki oleh seorang wartawan. Ahli-ahli Kelab Kewartawanan telah melibatkan diri secara aktif dalam kuiz tersebut.

 

            Aktiviti yang seterusnya ialah permainan stesen. Permainan stesen wajib dimainkan secara berkumpulan. Setiap ahli Kelab Kewartawanan perlu menyertai 5 permainan stesen yang diadakan di tapak DKG 6. Setiap kumpulan telah bekerjasama bagi menjawab soalan-soalan yang disediakan oleh ahli jawatankuasa Kelab Kewartawanan di setiap stesen.

 

Stesen yang pertama ialah stesen untuk menjawab soalan yang berkaitan dengan isu semasa. Topik isu-isu semasa yang ditanya adalah tentang topik politik. Stesen ini menguji kefahaman ahli kewartawanan tentang isu-isu politik iaitu Pilihan Raya Umum Malaysia Ke-15 yang telah dijalankan pads tarikh 19 November 2022. Permainan stesen ini telah mengukuhkan ingatan ahli kewartawanan tentang Pilihan Raya Umum Malaysia ke-15. Kumpulan kami berjaya menjawab semua soalan yang ditanya oleh ketua stesen.





            Stesen yang kedua ialah permainan “Bumi itu Rata”. Permainan ini menguji pemikiran ahli. Sebelum memulakan permainan, ketua stesen tersebut memberikan contoh soalan dan jawapan kepada para pemain. Contoh soalan dan jawapan yang diberikan oleh ketua stesen dapat membantu para pemain mengetahui cara permainan tersebut. Soalan yang dikemukakan oleh ketua stesen adalah berkenaan soalan matematik tetapi jawapannya bukan jawapan yang biasa kami kira. Walaupun stesen ini agak mencabar, namun kumpulan kami berjaya menjawab soalan pada akhirnya.




 

            Permainan stesen ketiga ialah “Bumi itu Bulat”. Permainan ini menguji peringatan ahli. Sebelum memulakan permainan, ketua stesen akan memberikan suatu kenyataan kepada para pemain. Para pemain harus mendengar kenyataan tersebut dengan teliti. Stesen ini hanya memberikan 1 kali peluang kepada setiap ahli kumpulan untuk menjawab soalan. Stesen ini amat menarik kerana stesen ini telah menguji minda kami. Kumpulan kami berjaya menjawab 2 soalan jawapan  betul dan 2 soalan jawapan salah.




 

            Stesen yang keempat ialah permainan “Televisyen Rosak”. Permainan ini memerlukan semangat kerjasama antara ahli kumpulan. Stesen ini memerlukan 2 orang pelakon dan ahli kumpulan yang lain harus meneka ayat berdasarkan aksi-aksi pelakon. Ahli kumpulan tidak boleh berkomunikasi semasa permainan berlangsung. Kumpulan kami telah berjaya meneka kesemua ayat dengan betul.

 




            Stesen yang terakhir ialah permainan “Radio Rosak”. Permainan ini juga memerlukan semangat kerjasama antara ahli kumpulan. Hal ini demikian kerana ahli kumpulan dikehendaki beratur sebaris dan ahli kumpulan harus menghantar ayat satu demi satu. Ahli yang terakhir harus menyampaikan ayat yang lengkap dan sama dengan orang pertama. Permainan ini dimulakan dengan ketua stesen memberitahu ayat tersebut kepada orang pertama dan orang pertama harus mengingat kemudian menyampaikan ayat tersebut kepada ahli yang kedua dan seterusnya. Walaupun ayat tersebut agak susah untuk diingati, namun ahli yang terakhir dalam kumpulan kami telah berjaya menyampaikan ayat itu secara lengkap. 




 

Selepas bermain semua permainan stesen yang telah disediakan, semua ahli Kelab Kewartawanan pun bersurai. Perjumpaan kali ke-5 ini berjalan dengan lancar. 

Comments

Popular posts from this blog

KRITIKAN FILEM HOLLYWOOD - TOP GUN MAVERICK

Judul drama/filem: Top Gun: Maveric Penerbit: Jerry Bruckheimer, Tom Cruise, Christopher McQuarrie, dan David Elliso Tahun terbitan: 2022 Sinopsis: "Top Gun: Maverick" melibatkan sambungan tema dan pelibatan pelakon daripada filem asal iaitu “Top Gun” yang diterbitkan pada tahun 1986. Filem ini dibintangi oleh Tom Cruise yang kembali memegang watak utama sebagai Kapten Pete "Maverick" Mitchell bersama Miles Teller , Jennifer Connelly , Jon Hamm , Glen Powell, Monica Barbaro, Lewis Pullman , Ed Harris dan Val Kilmer . Filem ini menceritakan selepas lebih daripada tiga dekad berkhidmat sebagai salah satu penerbang terbaik di Tentera Laut Amerika Syarikat iaitu program Pengajar Taktik Pejuang Tentera Laut Amerika Syarikat yang dikenali sebagai (Sekolah Senjata Pejuang Tentera Laut A.S. - “TOPGUN”), Maverick masih tetap berkhidmat dengan semangat dan keberanian yang sama. Namun demikian, kedudukan beliau kini lebih mencabar apabila beliau perlu melatih sekumpulan jurut...

PESTA KONVOKESYEN KE-34

  Tajuk: Lebih 2000 pengunjung meriahkan Pesta Konvokesyen Ke-34 di UUM, Kedah SINTOK: Ribuan pengunjung telah memeriahkan Pesta Konvokesyen (PESKON) kali Ke-34 Universiti Utara Malaysia (UUM) yang berlokasi di Padang Kawad PALAPES, UUM. PESKON yang dianjurkan sempena Majlis Konvokesyen UUM Ke-34 ini telah berlangsung selama 9 hari iaitu dari 3 November 2022 sehingga 11 November 2022 mulai pada pukul 8.00 pagi hingga 11.00 malam. PESKON merupakan satu program istimewa yang dibawa khas bagi meraikan graduan yang berjaya menamatkan pengajian di universiti. Namun begitu, pihak universiti telah memberhentikan penganjuran PESKON selama dua tahun kerana penyebaran wabak COVID-19 yang akan memudaratkan nyawa manusia. Warga UUM amat bersyukur kerana PESKON dapat terus diadakan pada tahun ini. Hasil kajian pemerhatian yang telah dijalankan oleh wartawan, pelbagai aktiviti menarik telah diadakan seperti Pencarian Daie dan Muazzin, Pertandingan Nasyid dan sebagainya. Selain itu, terdapat ...

Program Ikon Madani

  Ikon Madani SINTOK, 10 Jun 2023: Program Ikon Madani telah diadakan di Universiti Utara Malaysia. YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri hari ini menyempurnakan Sesi Town Hall Ikon Madani Negeri Kedah bertempat di Dewan Mu’adzam Shah, Universiti Utara Malaysia.  Hadir sama, Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan ) Kementerian Dalam Negeri , Dato' Hj. Abdul Halim Hj. Abdul Rahman,  YDH DIG Tan Sri Razarudin bin Husain, Timbalan Ketua Polis Negara.   Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN), Profesor Emeritus Tan Sri Dato' Sri Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar, Exco Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, Dato' Sri Ayob Yaakob, Ketua Pegawai Eksekutif PRIHATIN, Dato' Mohd Aizuddin Ghazali dan Timbalan Pengarah (Operasi) Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman, DCP Dato' Azman Ayob. Beliau yang tiba di universiti tersebut kira-kira jam 2.00 petang tadi disambut oleh Ketua Polis Kedah ,...