Skip to main content

KRITIKAN FILEM HOLLYWOOD - TOP GUN MAVERICK


Judul drama/filem: Top Gun: Maveric

Penerbit: Jerry Bruckheimer, Tom Cruise, Christopher McQuarrie, dan David Elliso

Tahun terbitan: 2022

Sinopsis:

"Top Gun: Maverick" melibatkan sambungan tema dan pelibatan pelakon daripada filem asal iaitu “Top Gun” yang diterbitkan pada tahun 1986. Filem ini dibintangi oleh Tom Cruise yang kembali memegang watak utama sebagai Kapten Pete "Maverick" Mitchell bersama Miles Teller, Jennifer Connelly, Jon Hamm, Glen Powell, Monica Barbaro, Lewis Pullman, Ed Harris dan Val Kilmer.

Filem ini menceritakan selepas lebih daripada tiga dekad berkhidmat sebagai salah satu penerbang terbaik di Tentera Laut Amerika Syarikat iaitu program Pengajar Taktik Pejuang Tentera Laut Amerika Syarikat yang dikenali sebagai (Sekolah Senjata Pejuang Tentera Laut A.S. - “TOPGUN”), Maverick masih tetap berkhidmat dengan semangat dan keberanian yang sama. Namun demikian, kedudukan beliau kini lebih mencabar apabila beliau perlu melatih sekumpulan juruterbang muda dalam sebuah misi khas yang belum pernah dilakukan sebelum ini.

Juruterbang muda yang dilatih oleh Maverick termasuklah Lt. Bradley "Rooster" Bradshaw, anak lelaki mendiang sahabat karib Maverick dan Nick "Goose" Bradshaw. Malangnya, Maverick dan Rooster telah mengalami ketegangan dan keadaan ini menjadi konflik utama dalam filem ini. Maverick juga perlu membuktikan bahawa dia masih relevan dalam dunia penerbangan tempur yang semakin maju dengan teknologi.  

Filem yang menggabungkan aksi udara yang menakjubkan dan mengandungi nilai sentimental ini berjaya menghidupkan kembali kenangan dan perasaan nostalgia penonton semasa menonton filem tersebut.

 

Lakon layar     Filem "Top Gun: Maverick" telah melibatkan adegan-adegan aksi udara dan visual yang menakjubkan. Penggunaan teknologi moden dalam drama ini membolehkan penonton merasai kehebatan penerbangan dan pertempuran di udara. Keaslian dalam penggunaan pesawat sebenar dan penggambaran dalam kokpit memberi pengalaman yang sangat realistik dan menakutkan.

Namun demikian, plot drama tersebut agak normal dan dapat disangka. Jalan cerita dasar dapat diramalkan oleh penonton-penonton. Tema seperti persaingan, konflik dan pengorbanan ialah elemen-elemen yang amat biasa dalam filem-filem tentera dan aksi.


Skrip

    Dialog yang mendalam amat kurang dalam skrip filem ini. Keadaan ini tidak akan mendatangkan impak yang mendalam kepada penonton-penonton. Sebagai contoh, dialog yang singkat dan cetek dapat dilihat semasa Maverick dan Rooster berbicara tentang kematian Goose. Perbualan mereka kurang menyelami perasaan bersalah dan penyesalan Maverick atau kesedihan mendalam Rooster semasa Rooster menyalahkan Maverick atas kematian bapanya. Adegan ini amat penting kerana konflik tersebut telah menjadi punca utama ketegangan antara mereka. Dialog "Kamu tak pernah memahami apa yang saya rasa," dijawab oleh Maverick dengan ringkas, "Saya hanya cuba melindungi kamu,". Dialog ini tidak mencukupi untuk menggambarkan dan menonjolkan emosi yang kompleks. 

Lakonan     Lakonan watak-watak dalam filem ini sangat baik. Hal ini demikian kerana lakonan Tom Cruise sebagai Maverick amat meyakinkan dan beliau mampu membawa karisma yang diperlukan untuk watak Maverick. Dedikasinya dalam melakukan adegan aksi sendiri menambahkan elemen keaslian terhadap wataknya. 

Lakonan Miles Teller juga amat menonjolkan dalam filem ini. Miles Teller menunjukkan watak yang kukuh sebagai Rooster. Beliau menunjukkan konflik emosi dan ketegangan dengan Maverick. Lakonan antara Teller dan Cruise telah berjaya menarik minat penonton-penonton.


Latar     Filem "Top Gun: Maverick" mendedahkan kepentingan budaya dan sejarah negara kepada para penonton. Elemen-elemen tentera dan penerbangan dapat memberikan gambaran yang realistik tentang kehidupan tentera udara. Filem ini menghormati sejarah dan tradisi penerbangan tentera dengan cara yang bermakna.

Ranking: 8/10

Comments

Popular posts from this blog

PESTA KONVOKESYEN KE-34

  Tajuk: Lebih 2000 pengunjung meriahkan Pesta Konvokesyen Ke-34 di UUM, Kedah SINTOK: Ribuan pengunjung telah memeriahkan Pesta Konvokesyen (PESKON) kali Ke-34 Universiti Utara Malaysia (UUM) yang berlokasi di Padang Kawad PALAPES, UUM. PESKON yang dianjurkan sempena Majlis Konvokesyen UUM Ke-34 ini telah berlangsung selama 9 hari iaitu dari 3 November 2022 sehingga 11 November 2022 mulai pada pukul 8.00 pagi hingga 11.00 malam. PESKON merupakan satu program istimewa yang dibawa khas bagi meraikan graduan yang berjaya menamatkan pengajian di universiti. Namun begitu, pihak universiti telah memberhentikan penganjuran PESKON selama dua tahun kerana penyebaran wabak COVID-19 yang akan memudaratkan nyawa manusia. Warga UUM amat bersyukur kerana PESKON dapat terus diadakan pada tahun ini. Hasil kajian pemerhatian yang telah dijalankan oleh wartawan, pelbagai aktiviti menarik telah diadakan seperti Pencarian Daie dan Muazzin, Pertandingan Nasyid dan sebagainya. Selain itu, terdapat ...

Program Ikon Madani

  Ikon Madani SINTOK, 10 Jun 2023: Program Ikon Madani telah diadakan di Universiti Utara Malaysia. YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri hari ini menyempurnakan Sesi Town Hall Ikon Madani Negeri Kedah bertempat di Dewan Mu’adzam Shah, Universiti Utara Malaysia.  Hadir sama, Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan ) Kementerian Dalam Negeri , Dato' Hj. Abdul Halim Hj. Abdul Rahman,  YDH DIG Tan Sri Razarudin bin Husain, Timbalan Ketua Polis Negara.   Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN), Profesor Emeritus Tan Sri Dato' Sri Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar, Exco Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, Dato' Sri Ayob Yaakob, Ketua Pegawai Eksekutif PRIHATIN, Dato' Mohd Aizuddin Ghazali dan Timbalan Pengarah (Operasi) Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman, DCP Dato' Azman Ayob. Beliau yang tiba di universiti tersebut kira-kira jam 2.00 petang tadi disambut oleh Ketua Polis Kedah ,...