Hasil
kajian pemerhatian yang telah dijalankan oleh wartawan, pelbagai aktiviti
menarik telah diadakan seperti Pencarian Daie dan Muazzin, Pertandingan Nasyid dan
sebagainya. Selain itu, terdapat ekspo niaga yang menjual pelbagai jenis
makanan dan minuman yang enak kepada para pengunjung. Misal kata, para pengunjung
dapat menikmati nasi kukus, laksa, burger, takoyaki, aiskrim, kek, mango shake,
limau ais dan sebagainya di PESKON. Di samping itu, bagi memeriahkan lagi
PESKON, penganjur PESKON telah menjemput barisan artis tanah air seperti Liza
Hanim dan Neeta Manis untuk membuat persembahan di PESKON.
Salah seorang pekerja di PESKON iaitu penjual kek, Nur
Azimah, 22 berkata, pembukaan tapak ekspo ini sempena Pesta Konvokesyen Ke-34
di Tapak Padang Kawad, UUM sememangnya dinantikan-nantikan oleh peniaga setelah
aktiviti itu tidak dapat beroperasi sejak dua tahun yang lalu akibat pandemik
COVID-19. “Aktiviti-aktiviti yang telah diadakan sebelum ini berskala kecil dan
hanya bertempat di inasis sahaja. Namun demikian, aktiviti kali ini melibatkan
konvokesyen para graduan,” katanya.
“Tapak Padang Kawad merupakan salah satu Kawasan yang
amat luas dan besar. Ramai pengunjung telah datang dan banyak peniaga yang
menjual makanan dan minuman di sini. PESKON kali ini sangat meriah,” katanya. Disebabkan musim hujan, Nur Azimah dan peniaga
kek yang lain telah menyediakan
plastik semasa berniaga. Selain itu, mereka juga memindahkan kek ke tempat yang
berteduh. Musim hujan sememangnya suatu cabaran kepada peniaga-peniaga di
PESKON. Bagi jualan yang tidak habis dijual, peniaga-peniaga kek akan
memulangkan kek tersebut kepada pemilik.
Menurut
Unit Protokol and Pengurusan Acara PESKON kali Ke-34 yang telah ditemu bual
iaitu, Putri dan Inang Sayuri, cabaran yang dihadapi oleh mereka semasa PESKON
dijalankan ialah komunikasi antara pelajar, ekspo niaga, artis-artis, dif-dif
kehormat dan sebagainya. Untuk menyesuaikan tema PESKON kali ini iaitu Kenangan
Tercipta, nafas baharu telah diberikan kepada aktiviti yang dijalankan dengan
persembahan daripada artis-artis hebat seperti Hijjaz, Liza Hanim dan
sebagainya. Lebih-lebih lagi, pertandingan Paintball dan Harry Potter Run juga
diadakan serta pelbagai “booth” telah didirikan sempena PESKON.
“Kami
amat teruja kerana PESKON dapat dijalankan. Kami dapat memperoleh pengalaman
baharu kerana PESKON kali ini bukan sahaja melibatkan orang dalaman UUM tetapi
juga melibatkan pengunjung-pengunjung lain. Oleh itu, kami perlu menyusun
slot-slot dengan baik,” kata Putri dan Inang Sayuri.
Comments
Post a Comment