Ikon Madani
SINTOK, 10 Jun
2023: Program Ikon Madani telah diadakan di Universiti Utara Malaysia. YB Datuk Seri
Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri hari ini menyempurnakan
Sesi Town Hall Ikon Madani Negeri Kedah bertempat di Dewan Mu’adzam Shah,
Universiti Utara Malaysia.
Hadir sama, Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) Kementerian Dalam Negeri, Dato' Hj. Abdul Halim Hj. Abdul Rahman, YDH DIG Tan Sri Razarudin bin Husain, Timbalan Ketua Polis Negara. Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN), Profesor Emeritus Tan Sri Dato' Sri Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar, Exco Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, Dato' Sri Ayob Yaakob, Ketua Pegawai Eksekutif PRIHATIN, Dato' Mohd Aizuddin Ghazali dan Timbalan Pengarah (Operasi) Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman, DCP Dato' Azman Ayob.
Beliau yang tiba di
universiti tersebut kira-kira jam 2.00 petang tadi disambut oleh Ketua Polis Kedah, CP Dato' Fisol Salleh bersama Naib Canselor
UUM, Profesor Dr. Mohd Fo'ad Sakdan. Program townhall yang berlangsung di Dewan
Mu'adzam Shah, UUM itu dihadiri hampir 2,000 tetamu jemputan termasuk mahasiswa
institusi pengajian tinggi sekitar negeri Kedah dan Perlis. Seusai sesi
townhall, Tan Sri Razarudin turut mengiringi Datuk Seri Saifuddin Nasution
menyerahkan sumbangan kebajikan dan bantuan kepada para pelajar asnaf.
Seramai 200
orang pelajar dari Universiti Teknologi Mara Cawangan Perlis turut serta telah
menghadiri Program Jejalah Ikon Madani di Universiti Utara Malaysia (UUM)
Sintok, Kedah pada 10 Jun 2023 yang lalu. Pelbagai aktiviti dan booth pameran
telah disediakan selain taklimat dan perkongsian oleh tetamu kehormat daripada
pelbagai agensi yang terlibat.
Comments
Post a Comment