SINTOK: Beregu campuran Malaysia, Choong Hon Jian-Yap Ling telah berjaya melangkah ke suku akhir Sukan SEA Kemboja 2023. Mereka menewaskan pasangan lawan iaitu Heng Mengleap-Bun Srey Hong dengan kemenangan straight set 21-9 dan 21-8. “Saya sangat gembira dan teruja dengan pencapaian kami. Saya juga berasa gementar semasa menyertai pertandingan ini,” kata Hon Jian. Yap Ling juga berkata “cabaran yang dihadapi adalah masalah komunikasi, keletihan daripada latihan setiap hari dan tekanan dari diri sendiri kerana ingin membuat yang terbaik bagi pihak sokongan.” Pasangan beregu ini juga memohon setiap pihak sokongan untuk menantikan perlawanan akhir mereka kerana mereka akan melakukan usaha yang terbaik dalam pertandingan esok.