Skip to main content

Beregu Campuran Badminton Malaysia Sukan SEA Kemboja 2023


 SINTOK: Beregu campuran Malaysia, Choong Hon Jian-Yap Ling telah berjaya melangkah ke suku akhir Sukan SEA Kemboja 2023. Mereka menewaskan pasangan lawan iaitu Heng Mengleap-Bun Srey Hong dengan kemenangan straight set 21-9 dan 21-8.


“Saya sangat gembira dan teruja dengan pencapaian kami. Saya juga berasa gementar semasa menyertai pertandingan ini,” kata Hon Jian. 


Yap Ling juga berkata “cabaran yang dihadapi adalah masalah komunikasi, keletihan daripada latihan setiap hari dan tekanan dari diri sendiri kerana ingin membuat yang terbaik bagi pihak sokongan.”


Pasangan beregu ini juga memohon setiap pihak sokongan untuk menantikan perlawanan akhir mereka kerana mereka akan melakukan usaha yang terbaik dalam pertandingan esok.





Comments

Popular posts from this blog

KRITIKAN FILEM HOLLYWOOD - TOP GUN MAVERICK

Judul drama/filem: Top Gun: Maveric Penerbit: Jerry Bruckheimer, Tom Cruise, Christopher McQuarrie, dan David Elliso Tahun terbitan: 2022 Sinopsis: "Top Gun: Maverick" melibatkan sambungan tema dan pelibatan pelakon daripada filem asal iaitu “Top Gun” yang diterbitkan pada tahun 1986. Filem ini dibintangi oleh Tom Cruise yang kembali memegang watak utama sebagai Kapten Pete "Maverick" Mitchell bersama Miles Teller , Jennifer Connelly , Jon Hamm , Glen Powell, Monica Barbaro, Lewis Pullman , Ed Harris dan Val Kilmer . Filem ini menceritakan selepas lebih daripada tiga dekad berkhidmat sebagai salah satu penerbang terbaik di Tentera Laut Amerika Syarikat iaitu program Pengajar Taktik Pejuang Tentera Laut Amerika Syarikat yang dikenali sebagai (Sekolah Senjata Pejuang Tentera Laut A.S. - “TOPGUN”), Maverick masih tetap berkhidmat dengan semangat dan keberanian yang sama. Namun demikian, kedudukan beliau kini lebih mencabar apabila beliau perlu melatih sekumpulan jurut...

PESTA KONVOKESYEN KE-34

  Tajuk: Lebih 2000 pengunjung meriahkan Pesta Konvokesyen Ke-34 di UUM, Kedah SINTOK: Ribuan pengunjung telah memeriahkan Pesta Konvokesyen (PESKON) kali Ke-34 Universiti Utara Malaysia (UUM) yang berlokasi di Padang Kawad PALAPES, UUM. PESKON yang dianjurkan sempena Majlis Konvokesyen UUM Ke-34 ini telah berlangsung selama 9 hari iaitu dari 3 November 2022 sehingga 11 November 2022 mulai pada pukul 8.00 pagi hingga 11.00 malam. PESKON merupakan satu program istimewa yang dibawa khas bagi meraikan graduan yang berjaya menamatkan pengajian di universiti. Namun begitu, pihak universiti telah memberhentikan penganjuran PESKON selama dua tahun kerana penyebaran wabak COVID-19 yang akan memudaratkan nyawa manusia. Warga UUM amat bersyukur kerana PESKON dapat terus diadakan pada tahun ini. Hasil kajian pemerhatian yang telah dijalankan oleh wartawan, pelbagai aktiviti menarik telah diadakan seperti Pencarian Daie dan Muazzin, Pertandingan Nasyid dan sebagainya. Selain itu, terdapat ...

Program Ikon Madani

  Ikon Madani SINTOK, 10 Jun 2023: Program Ikon Madani telah diadakan di Universiti Utara Malaysia. YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri hari ini menyempurnakan Sesi Town Hall Ikon Madani Negeri Kedah bertempat di Dewan Mu’adzam Shah, Universiti Utara Malaysia.  Hadir sama, Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan ) Kementerian Dalam Negeri , Dato' Hj. Abdul Halim Hj. Abdul Rahman,  YDH DIG Tan Sri Razarudin bin Husain, Timbalan Ketua Polis Negara.   Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN), Profesor Emeritus Tan Sri Dato' Sri Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar, Exco Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, Dato' Sri Ayob Yaakob, Ketua Pegawai Eksekutif PRIHATIN, Dato' Mohd Aizuddin Ghazali dan Timbalan Pengarah (Operasi) Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman, DCP Dato' Azman Ayob. Beliau yang tiba di universiti tersebut kira-kira jam 2.00 petang tadi disambut oleh Ketua Polis Kedah ,...