Ikon Madani SINTOK, 10 Jun 2023: Program Ikon Madani telah diadakan di Universiti Utara Malaysia. YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri hari ini menyempurnakan Sesi Town Hall Ikon Madani Negeri Kedah bertempat di Dewan Mu’adzam Shah, Universiti Utara Malaysia. Hadir sama, Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan ) Kementerian Dalam Negeri , Dato' Hj. Abdul Halim Hj. Abdul Rahman, YDH DIG Tan Sri Razarudin bin Husain, Timbalan Ketua Polis Negara. Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN), Profesor Emeritus Tan Sri Dato' Sri Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar, Exco Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, Dato' Sri Ayob Yaakob, Ketua Pegawai Eksekutif PRIHATIN, Dato' Mohd Aizuddin Ghazali dan Timbalan Pengarah (Operasi) Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman, DCP Dato' Azman Ayob. Beliau yang tiba di universiti tersebut kira-kira jam 2.00 petang tadi disambut oleh Ketua Polis Kedah , CP