Skip to main content

Refleksi Video Pendek

 

REFLEKSI VIDEO 1

1) Bertolak ansur sesama kita.
Seperti yang dipaparkan dalam video, seorang rider meminta pelanggannya untuk mencari penghantar makanan yang lain kerana penghantar makanan itu tidak dapat menghantar makanan yang telah dipesan kerana makanan itu mempunyai babi iaitu sesuatu yang islam tidak boleh memegang dan penghantar makanan itu hendak solat. Sebagai pelanggan mestilah bertolak ansur dan akur dengan permintaan penghantar makanan itu.


2)
Menggunakan bahasa dan perkataan yang baik.
Dalam filem pendek ini kita dapat lihat beberapa watak yang menggunakan perkataan yang kesat ketika marah. Kita tidak boleh bertindak melulu dan mengikut emosi.Ketika marah digalakkan untuk bersabar dan mendiamkan diri untuk meredakan kemarahan agar tidak menyinggung perasaan orang lain. 


3) Menghormati agama dan bangsa orang lain.
Di Malaysia terdapat pelbagai bangsa antaranya Melayu, Cina dan India. Kita hidup sebagai negara yang harmoni kerana mempunyai pelbagai bangsa. Justeru kita mestilah sentiasa menghormati pegangan agama dan bangsa lain supaya tidak mencetuskan pergaduhan seperti mana yang ditunjukkan dalam video ini apabila seorang penghantar makanan itu mengheret bangsa lain dalam pergaduhan mereka.


4) Membantu orang lain ketika dalam kesusahan.
Walaupun mereka pernah mempunyai perbalahan tetapi mereka masih menolong antara satu sama lain. Watak ini menunjukkan bahawa jangan berdendam dan sentiasa berdamai sesama masyarakat.


REFLEKSI VIDEO 2

1)    Menghormati dan melayan sama rata terhadap orang lain.
Dalam senario ini, seorang pelajar perempuan berasa iri hati dengan pelajar perempuan yang cemerlang dalam pelajaran. Dia menyogok seorang lelaki untuk mendekati perempuan cemerlang tersebut. Namun begitu, sebagai pelajar, kita haruslah menghormati dan melayan sama rata terhadap orang lain dan bukannya membuat jahat terhadap seseorang tersebut. Kita seharusnya berfikiran terbuka dan mengambil peluang menanya mereka tentang pelajaran yang kita tidak faham.


2)    Menghormati guru dan bersikap sopan santun.

Sebagai seorang pelajar, kita patutlah menghormati guru dan sentiasa bersikap sopan santun terhadap mereka. Kita tidak boleh berbalah dengan guru terutamanya apabila mereka cuba menasihati kita. Kadang-kadang apa yang kita fikir betul mungkin tidak betul, oleh itu kita perlu mendengar dengan teliti nasihat guru kita.


3)    Sentiasa menjaga diri sendiri dan jangan mempercayai orang lain secara membuta tuli.
Kita perlu meningkatkan kesedaran keselamatan diri sendiri supaya tidak mengalami kerugian. Kita tidak sepatutnya mempercayai orang lain sewenang-wenangnya kerana kita tidak mengetahui sikap dan kelakuan orang tersebut. Tingkah laku yang negatif perlu dielakkan dan dijauhkan untuk menjaga nama diri sendiri dan keluarga.


4)    Muhasabah kesilapan dan pembaharuan.
Kita mesti berani mengakui kesilapan kita dan berjanji tidak akan mengulanginya. Setiap orang akan melakukan kesalahan dalam kehidupan, tetapi yang paling penting ialah mempunyai keberanian untuk mengakui kesilapan dan meminta pengampunan daripada mereka yang telah kita sakiti.


Pada pendapat penulis, video pendek yang memberi impak yang lebih besar kepada penonton adalah video pertama iaitu berkaitan dengan perpaduan antara kaum. Malaysia merupakan sesebuah negara yang mempunyai pelbagai agama dan budaya. Video tersebut dapat memupuk perpaduan dan memberi nilai positif secara keseluruhan. Perpaduan dan sikap tolak ansur antara kaum yang berbeza dapat memajukan negara dari pelbagai aspek seperti ekonomi, politik, dan budaya. 


Comments

Popular posts from this blog

KRITIKAN FILEM HOLLYWOOD - TOP GUN MAVERICK

Judul drama/filem: Top Gun: Maveric Penerbit: Jerry Bruckheimer, Tom Cruise, Christopher McQuarrie, dan David Elliso Tahun terbitan: 2022 Sinopsis: "Top Gun: Maverick" melibatkan sambungan tema dan pelibatan pelakon daripada filem asal iaitu “Top Gun” yang diterbitkan pada tahun 1986. Filem ini dibintangi oleh Tom Cruise yang kembali memegang watak utama sebagai Kapten Pete "Maverick" Mitchell bersama Miles Teller , Jennifer Connelly , Jon Hamm , Glen Powell, Monica Barbaro, Lewis Pullman , Ed Harris dan Val Kilmer . Filem ini menceritakan selepas lebih daripada tiga dekad berkhidmat sebagai salah satu penerbang terbaik di Tentera Laut Amerika Syarikat iaitu program Pengajar Taktik Pejuang Tentera Laut Amerika Syarikat yang dikenali sebagai (Sekolah Senjata Pejuang Tentera Laut A.S. - “TOPGUN”), Maverick masih tetap berkhidmat dengan semangat dan keberanian yang sama. Namun demikian, kedudukan beliau kini lebih mencabar apabila beliau perlu melatih sekumpulan jurut...

PESTA KONVOKESYEN KE-34

  Tajuk: Lebih 2000 pengunjung meriahkan Pesta Konvokesyen Ke-34 di UUM, Kedah SINTOK: Ribuan pengunjung telah memeriahkan Pesta Konvokesyen (PESKON) kali Ke-34 Universiti Utara Malaysia (UUM) yang berlokasi di Padang Kawad PALAPES, UUM. PESKON yang dianjurkan sempena Majlis Konvokesyen UUM Ke-34 ini telah berlangsung selama 9 hari iaitu dari 3 November 2022 sehingga 11 November 2022 mulai pada pukul 8.00 pagi hingga 11.00 malam. PESKON merupakan satu program istimewa yang dibawa khas bagi meraikan graduan yang berjaya menamatkan pengajian di universiti. Namun begitu, pihak universiti telah memberhentikan penganjuran PESKON selama dua tahun kerana penyebaran wabak COVID-19 yang akan memudaratkan nyawa manusia. Warga UUM amat bersyukur kerana PESKON dapat terus diadakan pada tahun ini. Hasil kajian pemerhatian yang telah dijalankan oleh wartawan, pelbagai aktiviti menarik telah diadakan seperti Pencarian Daie dan Muazzin, Pertandingan Nasyid dan sebagainya. Selain itu, terdapat ...

Program Ikon Madani

  Ikon Madani SINTOK, 10 Jun 2023: Program Ikon Madani telah diadakan di Universiti Utara Malaysia. YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri hari ini menyempurnakan Sesi Town Hall Ikon Madani Negeri Kedah bertempat di Dewan Mu’adzam Shah, Universiti Utara Malaysia.  Hadir sama, Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan ) Kementerian Dalam Negeri , Dato' Hj. Abdul Halim Hj. Abdul Rahman,  YDH DIG Tan Sri Razarudin bin Husain, Timbalan Ketua Polis Negara.   Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN), Profesor Emeritus Tan Sri Dato' Sri Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar, Exco Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, Dato' Sri Ayob Yaakob, Ketua Pegawai Eksekutif PRIHATIN, Dato' Mohd Aizuddin Ghazali dan Timbalan Pengarah (Operasi) Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman, DCP Dato' Azman Ayob. Beliau yang tiba di universiti tersebut kira-kira jam 2.00 petang tadi disambut oleh Ketua Polis Kedah ,...