Penerbit: Jang Young Woo, Kim Hee Won
Tahun Terbitan: 2024
Sinopsis:
“Queen of Tears” ialah drama tentang krisis yang memeningkan dan kebangkitan semula cinta yang ajaib antara Hong Hae-in, pewaris chaebol generasi ketiga Queens Group dan Baek Hyun-woo, anak petani dari Yongdu-ri, dan tiga tahun perkahwinan mereka. Baek Hyun-woo ialah suami Hae-in dan pengarah undang-undang Queens Group. Isterinya, Hong Hae-in, ialah Ketua Pegawai Eksekutif Queen's Department Store. Dia adalah pewaris chaebol generasi ketiga. Walaupun imej awam mereka glamor, perkahwinan mereka menghadapi cabaran. Hyun-woo tidak tahan untuk hidup di bawah hubungan buntu dengan Hae-in dan ingin memutuskan hubungan itu, tetapi dia mengetahui bahawa Hae-in menghidap kanser. Pada mulanya, Hyun-woo berasa bertuah kerana dia akan dapat berpisah sepenuhnya daripada keluarga chaebol tidak lama lagi, tetapi dalam proses itu, dia beransur-ansur memulihkan perasaan awalnya terhadap Hae-in dan tidak mahu melihat Hae-in sakit. Dalam proses itu, Hae-in juga terharu atas usaha Hyun-woo untuk menyembuhkannya dan memulihkan perasaannya terhadap Hyun-woo. Namun begitu, apabila hubungan antara Hyun-woo dan Hae-in semakin baik, Yoon Eun-sung, kenalan Hae-in dan pelabur terkenal, cuba memusnahkan hubungan antara Hyun-woo dan Hae-in, menggantikan diri sendirinya dengan Hyun-woo dan merompak syarikat keluarga chaebol. Selepas mengalami beberapa siri kekacauan, keluarga chaebol melihat wajah sebenar Eun-sung. Keluarga Hae-in dan keluarga Hyun-woo berdamai dan berjaya mendapatkan semula kedudukan mereka. Hyun-woo dan Hae-in juga menemui semula perasaan mereka antara satu sama lain dan hidup bahagia selama-lamanya.
Kritikan Drama
i. Lakon Layar
Dari segi visual persembahan, setiap babak dirakam dengan teliti, menggunakan pencahayaan dan sudut kamera yang betul untuk menekankan perasaan dan situasi watak. Set dan lokasi “Queen of Tears“ yang digunakan adalah sempurna dan sesuai bagi menangkap suasana cerita. Daripada rumah besar yang menggambarkan kehidupan mewah kepada kawasan sederhana yang mempamerkan kesusahan dan cabaran hidup, setiap lokasi telah dipilih dengan teliti untuk menyokong naratif. Reka bentuk set terperinci juga membolehkan penonton berasa terhubung dengan dunia yang dicipta dalam rancangan itu. Dari segi gaya dan pakaian, setiap watak mempunyai gaya pakaian yang sesuai yang menggambarkan personaliti dan latar belakang mereka. Peralihan antara babak yang halus telah memastikan keselarasan cerita. Kemahiran lakonan para pelakon berjaya menjiwai watak-watak dengan penuh emosi, menjadikan persembahan bukan sahaja menghiburkan malah memberi impak emosi yang mendalam kepada penonton.
ii. Skrip
Skrip untuk “Queen of Tears” ditulis dengan penuh perhatian terhadap perincian dan emosi, menjadikan setiap episod pengalaman yang mendalam. Drama ini mengisahkan tentang Hyun-woo dan Hae-in, yang mempunyai latar belakang yang berbeza tetapi berusaha dalam menghadapi cabaran kehidupan mereka secara bersama. Penulis skrip menggambarkan perjalanan emosi mereka dengan sangat realistik, membolehkan penonton berasa berhubung dengan watak-watak.
Setiap dialog dalam skrip drama ini direka dengan teliti untuk mencerminkan perasaan watak dan konflik dalaman. Pertemuan dan perbualan antara protagonis dipenuhi dengan makna yang mendalam, menunjukkan perkembangan hubungan mereka dari semasa ke semasa. Penulis juga mahir menggabungkan unsur-unsur dramatik dan jenaka untuk memberikan keseimbangan dalam naratif dan membuat persembahan terasa kurang berat. Selain itu, skrip drama tersebut juga mempunyai plot twist yang tidak dijangka, membuatkan penonton tertunggu-tunggu apa yang akan berlaku seterusnya.
Secara keseluruhan, skrip “Queen of Tears” adalah salah satu kekuatan utama drama ini, dengan cerita yang sangat menyentuh, watak yang kuat dan dialog yang bermakna. Kesemua elemen ini bergabung untuk mencipta drama yang memikat penonton dari awal hingga akhir.
iii. Lakonan
Baek Hyun-woo, lakonan Kim Soo-hyun, menunjukkan watak yang bertanggungjawab dan bertolak ansur. Hyun-woo adalah seorang anak lelaki, suami, menantu yang sangat bertanggungjawab dan juga seorang yang berkebolehan di tempat kerjanya. Dia mempunyai pertimbangan yang adil dan boleh memberikan penyelesaian terbaik dengan tenang semasa krisis. Hyun-woo ialah seorang suami yang sangat penyabar dan bertolak ansur apabila berhadapan dengan Hae-in. Secara keseluruhannya, Hyun-woo adalah watak utama dalam drama itu. Rasa tanggungjawab dan keupayaannya membantu semua orang di sekelilingnya mendapatkan bantuan dan mendapatkan semula kebahagiaan.
Hong Hae-in, yang dimainkan oleh Kim Ji-won, adalah seorang yang sangat berkebolehan dengan standard yang tinggi dan prinsip yang tegas. Walaupun dia seorang wanita, kebolehannya boleh bersaing dengan orang lain. Dia sebenarnya seorang yang sangat mengambil berat tentang keluarga tetapi tidak pernah jujur dalam meluahkan perasaan kepada orang lain. Pengorbanan Hae-in dalam drama menunjukkan bahawa dia seorang yang bertanggungjawab dan sentiasa mengambil berat tentang keluarganya.
iv. Latar
Drama ini menunjukkan tempat indah seperti di Seoul dan Daegu, Berlin, Potsdam dan Frankfurt. Drama juga menunjukkan secara realistik bahawa kehidupan seseorang akan menghadapi masalah dalam kekeluargaan, cinta, dan kesihatan. Akhirnya, drama ini juga memaparkan kepentingan persahabatan, keluarga, cinta dan kekuatan dalaman seseorang.
v. Ranking: 9/10
Comments
Post a Comment