Skip to main content

KRITIKAN FILEM MALAYSIA - ISTANBUL AKAN DATANG

Judul : Istanbul Aku Datang 💝
Penerbit: Lina Tan 
Tahun Terbitan: 2012 

Sinopsis: "Istanbul Aku Datang" adalah sebuah filem romantik komedi dari Malaysia yang diarahkan oleh Bernard Chauly dan dibintangi oleh Lisa Surihani, Beto Kusyairy, dan Tomok. Filem ini mengisahkan kehidupan Dian (Lisa Surihani), seorang penulis blog muda dari Malaysia yang memutuskan untuk berpindah ke Istanbul, Turki, untuk berada dekat dengan kekasihnya, Azad (Tomok), yang sedang belajar di sana. Dian, dengan penuh semangat dan harapan, percaya bahawa perpindahannya ke Istanbul akan membantunya merealisasikan impian cinta bersama Azad. 

Namun, sebaik tiba di Istanbul, Dian mendapati bahawa kehidupannya tidak semudah yang disangkakan. Rencana-rencana romantisnya tidak berjalan lancar, dan dia terpaksa menyewa sebuah apartmen daripada seorang pelukis tampan bernama Harris (Beto Kusyairy). Hubungan Dian dengan Harris yang pada mulanya sering berselisih faham, akhirnya berkembang menjadi persahabatan yang mendalam. Dalam perjalanannya, Dian mendapati dirinya berada dalam dilema cinta dan harus memilih antara Azad, kekasih lamanya, atau Harris, teman barunya yang sentiasa ada untuknya. 

 "Istanbul Aku Datang" adalah sebuah cerita yang penuh dengan elemen humor, drama, dan romantik. Filem ini tidak hanya menggambarkan perjalanan cinta Dian, tetapi juga penemuannya tentang diri sendiri dan makna sebenar cinta dan kebahagiaan. Dengan latar belakang indah bandar Istanbul, filem ini menawarkan pemandangan yang memukau dan cerita yang mengharukan, menjadikannya sebuah filem yang menyentuh hati dan menghiburkan. 

 Kritikan filem:
  i. Lakon Layar: 
Babak 1: Pengenalan
Adegan 1
Lokasi: Kuala Lumpur, Malaysia 
Karakter: Dian
Deskripsi: Dian, seorang penulis blog muda, bercadang untuk berpindah sementara ke Istanbul untuk bersama dengan kekasihnya, Azad, yang sedang belajar di sana. Dia bersemangat untuk bersama dengan Azad, dengan harapan bahawa Azad akan melamarnya sementara mereka di Istanbul.
Adegan 2:
Lokasi: Rumah Azad 
Karakter: Dian, Azad 
Deskripsi: Setelah tiba di Istanbul, Dian bergerak ke rumah Azad untuk tinggal bersama nya. Mereka berdua gembira, tetapi Dian tidak tahu bahawa ada banyak cabaran yang menantinya. Ternyata Azad tidak mahu Dian tinggal bersama-samanya dan nekad untuk memutuskan bahawa Dian perlu mencari rumah sewa yang lain. 

Babak 2: Konflik dan Pertemuan 
Adegan 3: 
Lokasi: Apartmen di Istanbul 
Karakter: Dian, Harris 
Deskripsi: Dian menyewa sebuah apartmen setelah direkomendasikan oleh seorang lelaki tempatan di Istanbul. Dian menyangka bahawa apartmen itu miliknya sepenuhnya, tetapi apartmen tersebut telahpun disewa oleh seorang lelaki lain juga, iaitu Harris yang merupakan seorang pelukis buku kanak-kanak. 

Adegan 4: 
Lokasi: Rumah Encik Sulaiman 
Karakter: Dian, Harris 
Deskripsi: Harris mengajak Dian untuk bertemu dengan penyewa. Harris tidak berpuas hati bahawa dia perlu menyewa dengan Dian. Setelah bertanya, Dian telahpun disahkan bahawa dia telah ditipu oleh “scammer”. Dian terpaksa tinggal bersama-sama dengan Harris kerana duitnya telahpun habis diberi kepada penyewa scammer tersebut. 

Babak 3: Puncak dan Penyelesaian 
Adegan 5: 
Lokasi: Sekitar Istanbul 
Karakter: Dian 
Deskripsi: Dian menerima panggilan telefon daripada teman lelakinya, Azad bahawa dia ingin melawat rumah sewa Dian. Dian berada dalam keadaan panik kerana dia tidak mahu Azad tahu bahawa rumah yang didudukinya adalah bersama dengan penyewa lelaki yang lain iaitu Harris. 

Adegan 6: 
Lokasi: Rumah Sewa Dian 
Karakter: Azad, Harris, Dian 
Deskripsi: Titik pertemuan apabila semasa Dian tiba di rumah sewanya, Azad telah pun tiba. Tidak lama kemudian, Harris pun tiba. Azad menyangka bahawa Dian telah pun curang terhadap diri nya. Azad segera meninggalkan Dian. 

Adegan 7: 
Lokasi: Rumah Azad 
Karakter: Dian, Azad, Harris 
Deskripsi: Harris mengajak Dian untuk berbincang dengan kekasihnya, Azad. Harris berpendapat bahawa perkara tersebut adalah sebuah salah faham yang boleh diselesaikan. Dian cuba berbincang dengan Azad mengenai perkara sebenar yang telah berlaku. tetapi Azad masih lagi menolak. Ketegangan antara mereka meningkat apabila tiba-tiba seorang wanita Turki tiba di rumah Azad. Wanita tersebut mengaku bahawa Azad adalah teman lelaki nya. Dian menyedari bahawa selama ini Azad telah pun curang bersama nya dengan wanita lain di Istanbul. 

Babak 4: Peleraian 
Adegan 8: 
Lokasi: Pesta Seni
Karakter: Dian, Harris 
Deskripsi: Dian menghadiri pesta seni bersama Harris. Mereka menghadiri parti yang diadakan oleh teman Harris bersama-sama keluarganya. 

Adegan 9: 
Lokasi: Tepian Laut Bosphorus 
Karakter: Dian, Harris 
Deskripsi: Azad kembali semula kepada Dian untuk berbincang. Dian dan Azad berbincang mengenai masa depan mereka. Dian akhirnya memutuskan untuk memberikan peluang kepada perasaannya terhadap Azad. 

Babak 5: Penutup 
Adegan 10: 
Lokasi: Istanbul 
Karakter: Dian, Harris, Azad 
Deskripsi: Dian ingin kembali ke Malaysia bersama Azad tetapi Harris mengejarnya. Harris menyatakan perasaannya terhadap Dian. Dian memutuskan untuk memilih Harris.

Adegan 11
Lokasi: Istanbul 
Karakter: Dian, Harris 
Deskripsi: Dian dan Harris memulakan lembaran baru dalam hidup mereka, bersama-sama menjelajahi keindahan Istanbul dengan cinta yang baru terjalin. Dian terus menulis blognya, berkongsi pengalaman dan perasaan barunya.

ii. Skrip: 
Terdapat variasi bahasa yang terkandung dalam skrip ini iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris serta Bahasa Turki yang digunakan oleh Haris (Beto) iaitu "Teşekkür ederim" yang bermaksud terima kasih. Bukan itu sahaja, Terdapat juga bahasa kasar yang diselitkan semasa pergaduhan antara Dian (Lisa), haris (Beto), dan Azad (Tomok) iaitu, ‘jalang’ dan ‘rewang’ yang bermaksud seseorang melakukan perkara yang tidak baik disisi agama. Disamping itu terdapat juga, penggunaan pantun ringkas 2 baris iaitu: Gendang gendut tali kecapi, Pecah perut nanti mati. 

iii . Lakonan: 
Lakonan yang dilakonkan dalm filem ini sangat menarik di mana pelokon mempromosikan satu brand yang hanya terdapat di Malaysia iaitu, Maggie Asam laksa yang berkesan untuk meningkatkan jualan jenama tersebut di serata dunia. Selain itu, filem ini juga memperkenalkan tempat-tempat menarik di Istanbul kepada penonton supaya dapat menarik perhatian penonton. Terdapat juga babak yang memperkenalkan pakaian sultan sewaktu di bawah kepimpinan Turki Uthmaniyah dan bangunan bersejarah di sana. Di samping itu, filem ini juga turut memaparkan kehidupan sebenar di sana yang memperlihatkan Dian (Lisa) yang ditipu oleh seorang warganegara Turki supaya penonton berhati-hati. 
 
iv. Latar:
Filem ini berlatar belakangkan negara Turki di daerah Istanbul. Filem ini memaparkan kehidupan orang turki di istanbul yang beragama islam. Filem ini memaparkan pakaian, etika dan makanan serta kehidupan masyarakat istanbul. Selain itu, pengarah turut memasukkan tempat-tempat yang menarik di istanbul yang dapat menarik perhatian penonton seperti Bodrum dan Fethiye iaitu merupakn Pusat Yacht mediterranean yang dinaik oleh Dian (Lisa Surihani) dalam dalm filem ini. Selain itu, filem ini juga memaparkan makanan tradisi Turki iaitu Tukish delight yang dikenali sebagai ‘ Lokum’ dalam bahasa Turki yang diperbuat daripada gula dan perisa daripada buah. Manisan ini merupakan manisan yang popular di Turki yang wajib setiap pelancong untuk mencuba. 

 Ranking : 9/10

Comments

Popular posts from this blog

KRITIKAN FILEM HOLLYWOOD - TOP GUN MAVERICK

Judul drama/filem: Top Gun: Maveric Penerbit: Jerry Bruckheimer, Tom Cruise, Christopher McQuarrie, dan David Elliso Tahun terbitan: 2022 Sinopsis: "Top Gun: Maverick" melibatkan sambungan tema dan pelibatan pelakon daripada filem asal iaitu “Top Gun” yang diterbitkan pada tahun 1986. Filem ini dibintangi oleh Tom Cruise yang kembali memegang watak utama sebagai Kapten Pete "Maverick" Mitchell bersama Miles Teller , Jennifer Connelly , Jon Hamm , Glen Powell, Monica Barbaro, Lewis Pullman , Ed Harris dan Val Kilmer . Filem ini menceritakan selepas lebih daripada tiga dekad berkhidmat sebagai salah satu penerbang terbaik di Tentera Laut Amerika Syarikat iaitu program Pengajar Taktik Pejuang Tentera Laut Amerika Syarikat yang dikenali sebagai (Sekolah Senjata Pejuang Tentera Laut A.S. - “TOPGUN”), Maverick masih tetap berkhidmat dengan semangat dan keberanian yang sama. Namun demikian, kedudukan beliau kini lebih mencabar apabila beliau perlu melatih sekumpulan jurut...

PESTA KONVOKESYEN KE-34

  Tajuk: Lebih 2000 pengunjung meriahkan Pesta Konvokesyen Ke-34 di UUM, Kedah SINTOK: Ribuan pengunjung telah memeriahkan Pesta Konvokesyen (PESKON) kali Ke-34 Universiti Utara Malaysia (UUM) yang berlokasi di Padang Kawad PALAPES, UUM. PESKON yang dianjurkan sempena Majlis Konvokesyen UUM Ke-34 ini telah berlangsung selama 9 hari iaitu dari 3 November 2022 sehingga 11 November 2022 mulai pada pukul 8.00 pagi hingga 11.00 malam. PESKON merupakan satu program istimewa yang dibawa khas bagi meraikan graduan yang berjaya menamatkan pengajian di universiti. Namun begitu, pihak universiti telah memberhentikan penganjuran PESKON selama dua tahun kerana penyebaran wabak COVID-19 yang akan memudaratkan nyawa manusia. Warga UUM amat bersyukur kerana PESKON dapat terus diadakan pada tahun ini. Hasil kajian pemerhatian yang telah dijalankan oleh wartawan, pelbagai aktiviti menarik telah diadakan seperti Pencarian Daie dan Muazzin, Pertandingan Nasyid dan sebagainya. Selain itu, terdapat ...

Program Ikon Madani

  Ikon Madani SINTOK, 10 Jun 2023: Program Ikon Madani telah diadakan di Universiti Utara Malaysia. YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri hari ini menyempurnakan Sesi Town Hall Ikon Madani Negeri Kedah bertempat di Dewan Mu’adzam Shah, Universiti Utara Malaysia.  Hadir sama, Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan ) Kementerian Dalam Negeri , Dato' Hj. Abdul Halim Hj. Abdul Rahman,  YDH DIG Tan Sri Razarudin bin Husain, Timbalan Ketua Polis Negara.   Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN), Profesor Emeritus Tan Sri Dato' Sri Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar, Exco Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, Dato' Sri Ayob Yaakob, Ketua Pegawai Eksekutif PRIHATIN, Dato' Mohd Aizuddin Ghazali dan Timbalan Pengarah (Operasi) Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman, DCP Dato' Azman Ayob. Beliau yang tiba di universiti tersebut kira-kira jam 2.00 petang tadi disambut oleh Ketua Polis Kedah ,...